Kelas Aneka Tart - 15/04/2012

Kak NorHuda peserta yang sangat kreatif. Buat  apa pun berseni.  Sebelum ini pernah datang kekelas Basic Cupcake.  Baru berjinak-jinak dengan dunia baking tapi hasil kerja yang sangat memuaskan. Keep it up Kak Nor!!!

Irawati peserta termuda kelas ini. Baru habis semester. Jadi cuti tak ada buat apa-apa datang belajar . Bosan katanya duduk dirumah. Sementara tunggu keputusan exam tu dia mai belajar. Anak Kawan sekerja. Ibunya ada buka spa dan pandai mengurut dan pandai menjahit jugak. so sesiapa yang nak mengurut boleh pergi ke Spa kak Gee ( Taman Meru). Moga Ira Berjaya dalam akademik dan berjaya jadi Masterchef macam Dr Ezani. Boleh jadi isteri yang pandai masak dan bijak.

Azuwana peserta yang sangat rajin dan minat dengan memasak. Lepas ni dah boleh ambil tempahan. Bekerja di mahkamah Seksyen. Seronok Sangat sebab datang kelas ni kerana semua buat sendiri. Perkataan " best sangat" tak penah lekang dari bibir dia. Nanti dia nak ambil kursus mendeco cupcake. Insyalh. Ada jodoh kita jumpa lagi.


Alhamdulillah selesai sudah kelas aneka tart yang dihadiri oleh Kak Nor Huda, Irawati, Azuwana dan Makcik Samsiah. Terima kasih kerana sudi belajar dengan HOC dan menggemari produk HOC. Dalam banyak-banyak peserta makcik samsiah tak nak sijil sebab dia kata makcik saja suka-suka datang belajar. Buat makan-makan anak cucu. Walaupun dah bercucu tapi makcik masih suka belajar. Usia bukan penghalang untuk belajar. Menimba ilmu tak kira tua atau muda. Ilmu tak pernah habis yang penting rajin dan minat.

0 comments:

Post a Comment

Order Form

Name:
Email Address:
Handphone No :
Type Of Order & Design :
Pick Up Date :
Notes :

Click here to put a form like this on your site.