THanK tO aKRam

Yang ni kek order dari kawan ofis En. Akram untuk anak sulungnya..Sponge Cake layer with Choc Moouse dan Buttercream..NNt order lah lagi..

BiRtHday cAke

Yang ni kek harijadi anak saya yang ke-4, memandangkan masa tidak mengizinkan saya membuat kek pada tarikh 18.12.2010 saya genjakkan datenye ke 25.12.2011 sempena cuti krismas dan pada tarikh itu juga diadakan Reunion cucu cicit Kulup Mat Daud (Moyang sebelah atuk saya) So untuk memeriahkan acara diadakan majlis harijadi untuk anak saya dan kepada keluarga yang tarikh lahir yang jatuh pada bulan Disember..Jom kiter layan gambo yak!!! kata orang perak..

Ni la dia Nurneesa Izzati (Birthday Girl)

Ni pula family aku (warna ijo jadi pilihan) . Masing-masing dok posing mcm2 gaya..Happening sungguh..Semua sekali dalam salasiah moyang aku ada 9 anak so ada 9 warna...Fuhh ramai tul..Yang tak kenai tak pernah jumpa pun ada..Tapi sekarang dah kenal..Masuk paper lagi..dasat tuhh!!

Ni la kek untuk sikecik Neesa@Noni. Coklat Sponge kek dilapisi strawberry filling..

KEk With EdiBle iMage

Taraaa....Ni nak tunjuk sikit kek yang dilepa dengan buttercream dan diletakkan edible image diatas kek..Sesuai untuk dibuat Majlis Pertunangan untuk hantaran dan birthday kek..Gula edible ni boleh dimakan..Jangan ragu-ragu lagi...boleh dimakan yer...Nak letak pic kiter pun boleh...Dunia dah semakin canggih..Macam-macam kiter boleh buat..Insylh halalan Toiyibban...



TaRt hAnTaRan

Ni Order dari kakak ipar..Dia nak buat hantaran untuk birasnyer...so ni la resultnyer...nak buh nama couple dua sejoli..Tapi wording tu En. Somi yang tuliskan..Berseni jugak la dia..Terima kasih ya En. Somi kerana banyak membantu dan memberi sokongan dalam dunia baking ni..." Mcm kata "Wonderpet" Per yang penting!!! Kerjasama...SO tgk lah hasilnya..











DEngaR Ini CeRiTa

Ni dia ngoper kek yang first time try ni...ok la jugak (hbs licin masuk perut)
Alkisahnyer..lepas blajar buat choc moist cake saya pun balik try la buat...so first try dah menjadi la pulak...Tapi daunnyer tak baper nak cantik..Maklum la..tgh baru-baru lagi pegang nozel..Tangan ni masih keras...jenuh jugak la nak buat bunga ros...tapi try-try banyak kali ok ler jugak...tapi masih tak puas hati...tak per..biasa la tgh baru...biler dah lama-lama ok dah..So saya buat la design nyer lain la sikit...takkan nak tiru bulat-bulat cikgu ajar kan...tambah la sikit strawberry tu nak bagi meriah sikit kek nyer... nak dijadikan cerita saya buatkan kek tu masa majlis berkhatan anak lelaki tunggal teman sama pulak tarikhnyer dgn pak sedara..so celebrate  la sekali besday anak teman ngn pak sedara teman...Majlis pun berjalan lancar dan kek pun dapat pujian...kira tak sia-sia saya pi berguru...terima kasih pada sahabat saya ita rohaya yang memberi sokongan padu untuk saya meneruskan minat saya dalam bidang baking ni yang mana pada mulanyer tak baper nak minat...dan Terima kasih juga saya pada sifu kek saya inasaly yang sabar dengan keras tangan saya semasa mengajar dan tidak lokek dengan ilmu baking..
Ni la dia anak lelaki tunggal saya (Muhammad Ashman Nabil)..lepas potong kek dia punya lak kena potong...Yang kat blakang tu pokcik saya yang sporting dan U roccck la pakndak...



MarBle cHeeSe cHoc BrowNies

Rahsia resepi Ibunda..Choc Cake Yang Lembap dan Cheese Yang Lemak Dan tidak Memualkan. Sedapppppppppppp!!!!!Hot Order...Boleh try order klu nak rasa brownies yang yummy ni...

AneKa TaRt

~..Aneka Tart..~


Blueberry Cheese Tart

Fruit Tartlet

cHoc MoiSt cAkeS

Kini boleh didapati di Hot Oven Cookies..Rasakan Choc Cake yang Moist dan Choc Ganache yang Yg lemak dan enak..Untuk menyedapkan lagi choc ini diletakkan filling strawberry bagi menghilangkan mual coklat...Sedap dimakan, Indah Dipandang..Yummy..Yummy...


BuTTerCream WeDDinG CaKes

Thank To Juda Yang order kek ni...Next Anniversary boleh order lagi..


Sponge Cake + Buttercream + Roses
8'
Filling with Strawberry

Choc. Moist Cake + Buttercream + Roses
10"
Filling With Choc Ganache

My Blog

Alhamdullillah...siap akhirnya blog saya. Terima kasih tak terhingga kepada sahabatku Muhammad Aziz dan En. Amin "belalang kunyit" yang banyak membantu menyiapkan blog  saya ini dan mengajar saya dalam membina blog ini. Blog ini direka dengan tujuan dan usaha saya untuk menulis mengenai perjalanan minat saya dalam dunia  menghias kek dan roti dan dalam masa yang sama dapat saya menyambung tali sillaturrahim antara rakan-rakan baru dan lama diluar sana. Ingin juga satu hari nanti dapat memenuhi impian dan minat saya dan ia menjadikan ia salah satu sebab bagi memenuhi impian saya untuk menjadi ibu sepenuh masa dan menjadikan dunia baking ini sebagai satu kerjaya..Kepada ibu bapa, kawan-kawan, sahabat handal, rakan taulan, saudara-mara doakan kejayaan saya dan semoga diberkati Allah hendaknya..Amin...

Marhaban Ya Ramadhan

Salam kepada semua yang mengunjungi blog ini. Alhamdullilah dengan izinnya maka terlahirlah blog Hot Oven Cookies. Menjual Homemade Cakes dan Biskut. Sedia Menerima tempahan untuk apa-apa majlis keramaian, perkahwinan, Harijadi. Meneruskan tradisi ibunda "homemade cakes" dengan filling buah-buahan untuk pelanggan. Sebelum kita meneroka ke alam kek kita teroka dulu kelaman biskut kerana bulan Ramadhan hampir tiba Lagi..Time ni la sample "Kuih Raya" dah mula diedarkan..So Sebagai Pembuka Blog ni..Mai Tgk Kuih-kuih Raya dari Hot Oven Cookies ni..Rasa berkenan order tapi kalau rasa tak suka "Mak Tak Kisah". Biasalah adat orang meniaga...so jamu la mata kat blog ni ekk...Sebarang Tempahan hubungi saya azira @ azirazulkufli@gmail.com (H/P: 017-5954310) coll tapi kalau tak berjawab sms sahaja..
cereal blend
crunchy wholemeal

Almond London Nestum

My Heart
Pistachio Bites

Order Form

Name:
Email Address:
Handphone No :
Type Of Order & Design :
Pick Up Date :
Notes :

Click here to put a form like this on your site.