BiRtHday cAke
Kek order dari Mr. Fauzi or Pojie. Pojie ni officemate saya yang ingin menyambut hari jadi bondanya yang tersayang. First time order dan dia kata kek sedap dah macam kat kedai." Boleh ler bukak kedai kak?" Belum boleh lagi dik pojie. Pengalaman bidang kek belum meluas lagi. Buat masa ni buat dari rumah dulu.
cAke HanTAran
Alhamdulillah tercapai juga hasrat nak belajar dengan Najah bakery dari Arau Perlis. Dah dapat dah seni nak bagi bunga ros tu berketak-berketak dan tau dah mcm mana nak buat ros tanpa kon dengan betul. Dan apa yang penting dah oleh terima tempahan untuk hantaran pertunangan dan perkahwinan.
Single Roses |
Bouquet Rose |
ThanKs To SHiela Abd. GhANI
Cupcake order from ella...Thanks to u...Request nak Cupcake choc moist with ganache...Nanti order lagi ekkk....
ThaNks MazLin & FirDaus
Thanks to mazlin madzlan yang order cuppies utk doorgift majlis tahlil...sori lambat upload. Mazlin order cuppies coklat dan vanilla untuk diberi kepada tetamu. Request nak deco dan di letak didalam casing. Maaf la terpaksa buat deco yang simple jer sbb takut buttercream melekat kat casing..Tapi mazlin kata dah ok dah mcm ni... pe pun tq byk2..Jangan jemu order lagi..
CUppieS For BiRthDay
Cuppies ini telah ditempah dari kawan atas kawan untuk anak sedaranyer yg mahukan cuppies ini di 'decorate' dengan tema "love" dan flavour vanilla sebab orang nyer terlalu sayangkan anak saudaranyer.. Maka lahirlah cuppies love sebagaimana yang dia inginkan.
ThAnK Nora
Cupcakes hantaran order dari Nora (Pensyarah Politeknik Ungku Omar) terima kasih banyak-banyak atas order ini. Harap tak jemu nak order lagi..
CuPcaKes HanTarAn
cuppies hantaran |
cuppies makan-makan |
Kek Hantaran Kak Ana
Kek ini dibuat untuk hantaran perkahwinan Kak Ana As my kakak ipar. Semoga Jodoh berpanjangan hingga ke akhir hayat.Choc Moist Cake & deco with buttercream. Tema biru laut..
KeK HanTaran PerTunaNgan iMan
Kek Ni buat untuk sepupu saya untuk hantaran pertunangannyer..Tema Hijau"KMD". Tahniah yer Man & Abby. Next kek nnt untuk perkahwinan & doorgit jgn lupa tempah kat akak ekk..
HaNTaRan kEk PerTuNanGan
Hantaran kek pertunangan yang diorder dari teman En Razlan(Tentek Jaya) dan Kak Su untuk pertunangan abangnyer...Jadi saya buatkan basketwave yang tak baper nak menjadik...tapi percubaan pertama pun nampak ok dan kena praktis lagi...Terima kasih pada abg Lan dan Kak Su "couple yang sangat baik". Jangan jemu order dengan saya..Terima kasih bebanyak.
THanK tO aKRam
BiRtHday cAke
Yang ni kek harijadi anak saya yang ke-4, memandangkan masa tidak mengizinkan saya membuat kek pada tarikh 18.12.2010 saya genjakkan datenye ke 25.12.2011 sempena cuti krismas dan pada tarikh itu juga diadakan Reunion cucu cicit Kulup Mat Daud (Moyang sebelah atuk saya) So untuk memeriahkan acara diadakan majlis harijadi untuk anak saya dan kepada keluarga yang tarikh lahir yang jatuh pada bulan Disember..Jom kiter layan gambo yak!!! kata orang perak..
Ni la dia Nurneesa Izzati (Birthday Girl) |
Ni la kek untuk sikecik Neesa@Noni. Coklat Sponge kek dilapisi strawberry filling.. |
KEk With EdiBle iMage
Taraaa....Ni nak tunjuk sikit kek yang dilepa dengan buttercream dan diletakkan edible image diatas kek..Sesuai untuk dibuat Majlis Pertunangan untuk hantaran dan birthday kek..Gula edible ni boleh dimakan..Jangan ragu-ragu lagi...boleh dimakan yer...Nak letak pic kiter pun boleh...Dunia dah semakin canggih..Macam-macam kiter boleh buat..Insylh halalan Toiyibban...
TaRt hAnTaRan
Ni Order dari kakak ipar..Dia nak buat hantaran untuk birasnyer...so ni la resultnyer...nak buh nama couple dua sejoli..Tapi wording tu En. Somi yang tuliskan..Berseni jugak la dia..Terima kasih ya En. Somi kerana banyak membantu dan memberi sokongan dalam dunia baking ni..." Mcm kata "Wonderpet" Per yang penting!!! Kerjasama...SO tgk lah hasilnya..
DEngaR Ini CeRiTa
Ni dia ngoper kek yang first time try ni...ok la jugak (hbs licin masuk perut) |
Ni la dia anak lelaki tunggal saya (Muhammad Ashman Nabil)..lepas potong kek dia punya lak kena potong...Yang kat blakang tu pokcik saya yang sporting dan U roccck la pakndak... |
MarBle cHeeSe cHoc BrowNies
Rahsia resepi Ibunda..Choc Cake Yang Lembap dan Cheese Yang Lemak Dan tidak Memualkan. Sedapppppppppppp!!!!!Hot Order...Boleh try order klu nak rasa brownies yang yummy ni...
cHoc MoiSt cAkeS
Kini boleh didapati di Hot Oven Cookies..Rasakan Choc Cake yang Moist dan Choc Ganache yang Yg lemak dan enak..Untuk menyedapkan lagi choc ini diletakkan filling strawberry bagi menghilangkan mual coklat...Sedap dimakan, Indah Dipandang..Yummy..Yummy...
BuTTerCream WeDDinG CaKes
My Blog
Alhamdullillah...siap akhirnya blog saya. Terima kasih tak terhingga kepada sahabatku Muhammad Aziz dan En. Amin "belalang kunyit" yang banyak membantu menyiapkan blog saya ini dan mengajar saya dalam membina blog ini. Blog ini direka dengan tujuan dan usaha saya untuk menulis mengenai perjalanan minat saya dalam dunia menghias kek dan roti dan dalam masa yang sama dapat saya menyambung tali sillaturrahim antara rakan-rakan baru dan lama diluar sana. Ingin juga satu hari nanti dapat memenuhi impian dan minat saya dan ia menjadikan ia salah satu sebab bagi memenuhi impian saya untuk menjadi ibu sepenuh masa dan menjadikan dunia baking ini sebagai satu kerjaya..Kepada ibu bapa, kawan-kawan, sahabat handal, rakan taulan, saudara-mara doakan kejayaan saya dan semoga diberkati Allah hendaknya..Amin...
Marhaban Ya Ramadhan
Salam kepada semua yang mengunjungi blog ini. Alhamdullilah dengan izinnya maka terlahirlah blog Hot Oven Cookies. Menjual Homemade Cakes dan Biskut. Sedia Menerima tempahan untuk apa-apa majlis keramaian, perkahwinan, Harijadi. Meneruskan tradisi ibunda "homemade cakes" dengan filling buah-buahan untuk pelanggan. Sebelum kita meneroka ke alam kek kita teroka dulu kelaman biskut kerana bulan Ramadhan hampir tiba Lagi..Time ni la sample "Kuih Raya" dah mula diedarkan..So Sebagai Pembuka Blog ni..Mai Tgk Kuih-kuih Raya dari Hot Oven Cookies ni..Rasa berkenan order tapi kalau rasa tak suka "Mak Tak Kisah". Biasalah adat orang meniaga...so jamu la mata kat blog ni ekk...Sebarang Tempahan hubungi saya azira @ azirazulkufli@gmail.com (H/P: 017-5954310) coll tapi kalau tak berjawab sms sahaja..
cereal blend |
crunchy wholemeal |
Almond London Nestum |
My Heart |
Pistachio Bites |
Subscribe to:
Posts (Atom)
Order Form
Welcome
Selamat Datang ke blog ini. Sudi-sudi menjamu mata. Terima kasih kerana membeli dan jangan jemu order lagi.