Thanks Juju


Pavlova ini ditempah oleh kawan FB yang sangat-sangat teringin nak cuba Pavlova. Terima kasih kepada Diana Ariana yang mengenalkan saya kepada Juju (tak tau nama sebenar) . Apapun Pavlova selamat dah dimakan dan Juju juga suaminya menyukainya. Alhamdulillah semoga kita akan terus berurusan lagi. 

Tempahan Dari Lailatul Hasni

Choc Moist Cup Cake

Pavlova

Terima kasih kepada Puan Laila yang nak 'surprise'kan untuk suami tercinta yang bekerja di Ipoh. Al kisahnya Laila bekerja di Sabah dan  merupakan pelanggan pertama yang saya tak kenali. Hanya beremail. No tel pun tak der tapi senang sangat berurusan. Alhamdulillah. Pe pun semua dah selamat didelivery..Thanks Laila diatas sokongan. Moga kita dapat berurusan lagi.


Thanks Nora

Choc Moist Cake
8"
Buttercream + Edible imag
e
Alhamdullillah. Siap juga Cake Princess seperti yang ditempah. Tapi gara-gara dah tersilap informasi maka kek 4 segi menjadi bulat. Maaf diatas kesulitan yer Nora. Lain yang dicakap lain yang difahami. Ok takper kita ambik ni sebagai pengajaran. Walaubagaimanapun Nora tetap berpuashati. Thanks a lot kerana sudi berurusan dan masih menyukai produk kami.

Kelas Aneka Tart (20.05.2012)

Ekin

Kuna, EKin & Hanum

Hanum

Kelas aneka tart telah diadakan pada 20.05.2012. Para peserta dihadiri oleh Kuna dari Ampang, Ekin dari Kuala Kangsar dan Hanum peserta yang tak jemu-jemu datang belajar ke kelas saya. Terima kasih semua. Moga dapat mempraktikkan apa yang telah dipelajari.

Repeat Order Dari Ina (SUK)

Choc Moist Cupcake
16pcs

Alhamdulillah. Kali ni Ina nak choc moist cc. Tapi nak warna purple  Orange. Pada mulanya Ina membuat tempahan untuk Hari Ibu. Tapi repeat lagi order dan pick up pada hari Selasa. Terima kasih Ina. "Lepas ni Ina nak rasa Pavlova akak"...katanya. Insylah.

Kelas Combo 13/05/2012

Hanum


Kak Nor

Produk Terbaru HOC



Choc Bouquet + Roses

Alhamdulillah. Buat pertama kalinya HOC melancarkan produk terbaru untuk Insan-insan tersayang. Kami menyediakan package bunga + kad + cake /cupcake/choc. Bunga digubah sendiri oleh pihak HOC bukan beli dah siap dari kedai. Alhamdulillah dan hasilnya menggembirakan pelanggan-pelanggan kami. Jika anda berminat boleh membuat tempahan cake /cupcake beserta bunga dan kad. Jadi anda tak payah lagi bersusah payah  tercari-cari kad dan bunga. Percaya dengan kebolehan kami. 

Thanks Aida

Vanilla cupcake + Card+ Cream Cheese + Bouquet Roses + Card
16pcs cupcake

Package A

Thanks to my belangkas Aida & Zahira atas order ini. Hopefully surprise ini dapat menggembirakan nenda anda. Macam mana pun sempat jugak la nenda makan sebab dah nak ke KL. Thanks Again.

Tempahan Dari Asyraf

Choc Moist Cupcake + Card
16pcs


Thanks to Assyraf untuk mama & adik beradiknya..Saja nak surprisekan mamanya sempena Hari Ibu. Anyway thanks kerana sudi order produk HOC.

Thanks Miera




Package B
Bouquet Roses + Choc + Card
Pavlova

Order dari Miera dari KL untuk bonda tercinta dan ibu mertua tersayang..Kedua-dua gift sempena Hari Ibu dan selamat dihantar kerumah.." My mom dah call..dia suka sangat"..Tp rumah ibu mertuanya 2 kali deliver masuk kali ketiga baru ada dirumah. Nak buat surprise tak menjadi la pulak..Alih-alih kami kena surprise sebab tak ada orang dirumah..Anyway Miera thanks again kerana menyokong produk HOC.

Thanks Fadil @ ICT

Carrot Cake

Package C
Kek + Bunga + Kad
Carrot Cake +  Cream Cheese

Tempahan dari Fadil buat isteri tersayang untuk Hari Nurse pada 12/05/2012. Kek selamat di delivery ker Hospital Besar Permaisuri Bainun Ipoh. Sangat surprise menerima "hadiah mengejut" dari suami tercinta. Anyway 'Semoga Bahagia Selalu" dan jangan serik order lagi.

Thanks Ina (SUK)



32pcs choc moist cupcake + buttercream
Pink + Blue
Pink + Grey
Bouquet of Roses + Card

Thanks Ina kerana sudi order..Ina memilih package A diantara senarai-sanarai package yang telah HOC war-warkan untuk Hari Ibu dan delivery ke  Kg Tawas. Surprise untuk ibunya yang tersayang. Nak dijadikan cerita pada malam harinya ina hantar SMS "Akak nak order lagi cupcake. Nak hari Selasa. Sedap la..Alhamdulillah..Ingatkan Ina nak kata pe tadi..Suspen jer...Anyway terima kasih kerana menyokong. 

Thanks Irah (ICT)

Choc Mud Cheese Cake
9"
Garden Theme


Thanks Irah kerana sudi order kek. "kek sedap dan sayang nak potong". Anyway terima kasih memberi sokongan. Harap sudi order lagi..Sebelum ni Irah dah rasa choc Mud ni pada bulan lepas so dia kata nak order untuk birthday anaknya.

Carrot Cake Resepi

Bulan Mei diantara bulan yang banyak agenda seperti Hari buruh, hari  guru, Hari Jururawat dan hari ibu. Jadi rasanya nak berkongsi resepi yang rasanya dah byk cuba resepi tapi yang ni rasanya agak sedap. Sehingga permintaan demi permintaan tempahan kek ini. Jadi kepada penggemar-penggemar carrot cake jom cuba pasti tidak menghampakan..


Gambar Hiasan

Carrot Orange Cake 
By : Rinchann

Bahan-bahannya: 

4 biji telur ~ asingkan putih & kuningnya
1 1/2 cawan ~ minyak sayur atau minyak jagung
150 g~ gula kastor (saya kurangkan jadi 130gm)
150 g~ brown sugar
1 1/4 cawan ~ lobak merah diparut ( tidak perlu dibuangkan jus carrot tersebut)
1/4 cawan kulit orange yang diparut dari sebiji orange beserta dengan perahan jus orange

Bahan yang perlu di ayak:

250 g tepung gandum
1 suduteh serbuk kayu manis
1 suduteh baking soda
1 sudu teh baking powder (saya tambah dari resepi asal)
1 suduteh garam
100 g walnut ~ di bakar sekejap dalam oven kemudian di potong dadu/kecil
( untuk memberi lebih rasa pada kek, memang sedap letak ni!)

Cara-caranya:

1. Pukulkan kuning telur hingga kembang (guna whisker atau mixer).
2. Kemudian masukkan minyak, gula kaster & gula perang, serta dengan lobak merah dan orange yang
diparut tadi.
3. Masukkan walnut, kacau sebati.
4. Kemudian masukkan bahan-bahan yang di ayak tadi, kacau sebati.
5. Pukul putih telur di mangkuk lain dengan mixer hingga keras.
6. Masukkan putih telur ini sedikit demi sedikit ke dalam adunan, kacau perlahan-lahan, satu arah
sahaja, sila gunakan spatula atau senduk kayu, tak sebati sangat pun tak apa asalkan tidak terlebih
kacau.
7. Bakar pada suhu 180 celcius selama 45 minit atau sehingga masak.

Cream Cheese Frosting

120 g butter
250 g cream cheese
120 g gula aising

Caranya :

Pukul kesemua bahan hingga kembang dan ringan. Sapukan ke atas kek yang telah disejukkan dan hiasi dengan walnut.

PENGUMUMAN!!!!

PROMOSI HARI IBU/HARI JURURAWAT/BIRTHDAY SURPRISE(atas permintaan dan klu free)...
KAWASAN IPOH SAHAJA - Hari Ibu - delivery pada 13 MEI 

SET A-16nos cupcakes + card + Flower (Roses)
SET B-chocolate bouquet+card + Flower (Roses)
SET C-Cake(buttercream)+ card + Flower (Roses) 



* Flower - Based on Request
Semua tempahan akan dihantar pukul 3petang ke atas...sila sms nama,which set yg anda mau ke 017-5954310 selewat2nya hari ahad ni ye..TQ

* Bagi COMPLETE ADDRESS untuk penghantaran.

Kelas Aneka Tart - 29.04.2012

Kak Raja Maizatul Akmal dan Tartnya. Sembang punya sembang rupanya dia kakak ipar kepada NorAzian schoolmate saya masa di Sekolah Menengah. Ok Kak!! Lepas ni dah boleh buat tart sendiri. Dan akak ni dah terror buat Kek Lapis sebab dia dah duk Sarawak 7thn lebih..

Kak Zuraida bersama hasil tartnya. Kak Zuraida ni pulak nak tukar profesion. Seorang tukang jahit. Dan cuba-cuba nak beralih arah dalam bidang baking pulak.



Terima kasih kepada akak berdua yang sudi datang belajar bersama HOC. Mintak maaf jika ada tersinggung selama kita didalam kelas. Harap berpuashati dan yang penting jangan lupa mempraktikkannya. Harap akak berdua akan sokong produk HOC.

Tempahan Dari Kak Sabtiah

Choc Mud Cheese Cake
9"
Bunga Roses buttercream

Thanks kak Sab atas order ini. Nak cheese Cake untuk makan-makan bersama staff Ipoh Cargo Terminal sempena kenaikan pangkat menjadi CEO Ipoh Cargo Terminal. Kiranya Boss kepada suami saya. Alhamdullillah. Semoga Sukses dan terima kasih kerana sentiasa menyokong produk HOC. 

Thanks Chah Bank Rakyat Greentown

70 biji Blueberry cheese tart
70 biji coklat cheese tart



Thanks To Kak ita ( http://itarohayabakery.blogspot.com/) yang sub order ni pada HOC kerana tempahan nya sudah penuh. Jadi ita sub kepada HOC. Alhamdulillah. Lain kali boleh sub lagi. Next time boleh sub lagi..Thank Ita. Sesiapa yang berminat nak belajar talam boleh hubungi ita. Talamnya sangat sedap. HOC masih belum berpeluang membuat kelas talam.

Thanks Christine


Tempahan Dari Chris. Sangat menggemari Dessert seperti ini. Masuk yang ini rasanya dah 4 kali kot dia order Pavlova. Dia suruh saya belajar Struddle pulak.. Nnt la saya google macam mana roper struddle ni. Saya pun tak pernah rasa lagi. Anyway Thanks Chris kerana sentiasa menyokong produk HOC.

Tempahan Dari Maszaida


Thanks Mas atas order ini. Repeat order dari Mas dan akan order lagi. Sangat menggemari Pavlova. Jangan jemu order. Thanks kerana menyokong produk HOC. 

Thanks To Azhari (Ja'a)


Coklat Sponge Cake
Filling Blueberry
7"
Edible Pic

Birthday Cake untuk dua orang anak kembar yang ke 5 thn. Tak kisah design macam mana yang penting nak EI boboi boy. Nak EI The Cars tapi takder pulak jual dikedai. Nak tempah dah kesuntukan masa. Thanks Azhari @ Jaa. Hope menyukai dan tak jemu order dari HOC.

Tempahan Dari Emma



Red velvet filling Cream Cheese
7"
Edible Image 
Thanks Emma kerana sudi order kek dari HOC. Kek harijadi untuk anaknya yang ke 5 thn adik syifa. Yang begitu menggemari watak kartun pink panther. Offer kartun lain tak nak tetap nak pink panther dan obses dengan warna pink. Apapun feedback dari Emma" Kek sedap la kak!! Lain rasa keknya..TQ Emma dan terus menyokong produk HOC.

Order Form

Name:
Email Address:
Handphone No :
Type Of Order & Design :
Pick Up Date :
Notes :

Click here to put a form like this on your site.