Carrot Cake Resepi

Bulan Mei diantara bulan yang banyak agenda seperti Hari buruh, hari  guru, Hari Jururawat dan hari ibu. Jadi rasanya nak berkongsi resepi yang rasanya dah byk cuba resepi tapi yang ni rasanya agak sedap. Sehingga permintaan demi permintaan tempahan kek ini. Jadi kepada penggemar-penggemar carrot cake jom cuba pasti tidak menghampakan..


Gambar Hiasan

Carrot Orange Cake 
By : Rinchann

Bahan-bahannya: 

4 biji telur ~ asingkan putih & kuningnya
1 1/2 cawan ~ minyak sayur atau minyak jagung
150 g~ gula kastor (saya kurangkan jadi 130gm)
150 g~ brown sugar
1 1/4 cawan ~ lobak merah diparut ( tidak perlu dibuangkan jus carrot tersebut)
1/4 cawan kulit orange yang diparut dari sebiji orange beserta dengan perahan jus orange

Bahan yang perlu di ayak:

250 g tepung gandum
1 suduteh serbuk kayu manis
1 suduteh baking soda
1 sudu teh baking powder (saya tambah dari resepi asal)
1 suduteh garam
100 g walnut ~ di bakar sekejap dalam oven kemudian di potong dadu/kecil
( untuk memberi lebih rasa pada kek, memang sedap letak ni!)

Cara-caranya:

1. Pukulkan kuning telur hingga kembang (guna whisker atau mixer).
2. Kemudian masukkan minyak, gula kaster & gula perang, serta dengan lobak merah dan orange yang
diparut tadi.
3. Masukkan walnut, kacau sebati.
4. Kemudian masukkan bahan-bahan yang di ayak tadi, kacau sebati.
5. Pukul putih telur di mangkuk lain dengan mixer hingga keras.
6. Masukkan putih telur ini sedikit demi sedikit ke dalam adunan, kacau perlahan-lahan, satu arah
sahaja, sila gunakan spatula atau senduk kayu, tak sebati sangat pun tak apa asalkan tidak terlebih
kacau.
7. Bakar pada suhu 180 celcius selama 45 minit atau sehingga masak.

Cream Cheese Frosting

120 g butter
250 g cream cheese
120 g gula aising

Caranya :

Pukul kesemua bahan hingga kembang dan ringan. Sapukan ke atas kek yang telah disejukkan dan hiasi dengan walnut.

2 comments:

Unknown said...

salam kenal, sedapnya tgk kek carrot ni..tq sharing resepi nanti boleh saya cuba:)

AZIRA said...

Salam...sama-sama..insylah sedap..cuba la..

Post a Comment

Order Form

Name:
Email Address:
Handphone No :
Type Of Order & Design :
Pick Up Date :
Notes :

Click here to put a form like this on your site.