Continental Cake

Royal Caramel Cake

Chocolate Mascaporne Cake

Nutty Caramel Cake

Alhamdulillah akhirnya dapat juga belajar buat kek-kek yang rasanya lagi sedap dari Secret Receipe..Heaven sangat. Bangga dengan peniaga melayu yang dah pandai cipta receipe kek sendiri.. Sangat berbangga. Tahniah kepada pencipta kek ini iaitu tak lain tak bukan Bzee Bakery. Kali ni sy berguru dengan anak murid Bzee Bakery.  Dan hasilnya sangat sedap dan wallah..Kalau nak tau kek ni sedap ke tak boleh buat tempahan. Insylah. Tidak menghampakan.

Tempahan Dari Kak Zie Taman Mewah

Carrot Walnut Cake & Cream cheese
8"
2.1kg


Tempahan dari Kak Zie Taman Mewah, Bercham. Harap berpuashati dengan order ini. Resepi lebih kurang macam SR tp homemade dari HOC. Anyway Happy Birthday Kak Zie.

Kelas Combo Bersama Linda & Aida - 19/04/2012

Alhamdulillah selesai  sudah kelas Combo pada hari ini. Segala-galanya berjalan dengan lancar. Harap Cikgu Linda berpuas hati dengan kelas pada hari ini. Insylah dah boleh promote. Cikgu Linda ni pun bukan calang-calang cikgu jugak ni. Cikgu cums biznes cake sekaligus..Hebat!!!Walaupun ada anak kecil tapi tetap mengambil tempahan yang banyak. Semoga cikgu Linda success dengan kerjaya dan biznes kek mengkek...Mari kita layan gambar semasa kelas dibawah.

Red Velvet CC dan Pavlova hasil dari cikgu Linda

Sepupu saya Aida turut sama Belajar membuat  CC RV dan Pavlova. Katanya "Anak-anak suka makan". OK  My Belangkas jangan tak buat pulak. Step By Step dah tahu so jangan tunggu lagi..

CC RV hasil Cikgu Linda & Aida 

Tempahan Dari Kak Nor Huda

Coklat Moist Cake
Filling Coklat
10' & 7 "
16Biji Cupcake
16Biji Vip Doorgift

Tempahan dari Kak Nor untuk wedding anak saudaranya. Memilih tema Pink. Nasib baik Kak Nor ada Snap pic ni kalau tak nak nangis rasanya. Memory card kena virus habis semua gambar. Dengan gambar terbaru pun habis. So Vip Doorgift tu takder la untuk tatapan semua sebab gambar ni jer yang ada dalam phone Kak Nor. Jadi la. Janji leh update dalam blog. Anyway thanks to Kak Nor yang buat tempahan ini dan tak jemu-jemu ambil kelas bersama HOC. Terima Kasih bebanyak.

Kelas Aneka Tart - 15/04/2012

Kak NorHuda peserta yang sangat kreatif. Buat  apa pun berseni.  Sebelum ini pernah datang kekelas Basic Cupcake.  Baru berjinak-jinak dengan dunia baking tapi hasil kerja yang sangat memuaskan. Keep it up Kak Nor!!!

Irawati peserta termuda kelas ini. Baru habis semester. Jadi cuti tak ada buat apa-apa datang belajar . Bosan katanya duduk dirumah. Sementara tunggu keputusan exam tu dia mai belajar. Anak Kawan sekerja. Ibunya ada buka spa dan pandai mengurut dan pandai menjahit jugak. so sesiapa yang nak mengurut boleh pergi ke Spa kak Gee ( Taman Meru). Moga Ira Berjaya dalam akademik dan berjaya jadi Masterchef macam Dr Ezani. Boleh jadi isteri yang pandai masak dan bijak.

Azuwana peserta yang sangat rajin dan minat dengan memasak. Lepas ni dah boleh ambil tempahan. Bekerja di mahkamah Seksyen. Seronok Sangat sebab datang kelas ni kerana semua buat sendiri. Perkataan " best sangat" tak penah lekang dari bibir dia. Nanti dia nak ambil kursus mendeco cupcake. Insyalh. Ada jodoh kita jumpa lagi.


Alhamdulillah selesai sudah kelas aneka tart yang dihadiri oleh Kak Nor Huda, Irawati, Azuwana dan Makcik Samsiah. Terima kasih kerana sudi belajar dengan HOC dan menggemari produk HOC. Dalam banyak-banyak peserta makcik samsiah tak nak sijil sebab dia kata makcik saja suka-suka datang belajar. Buat makan-makan anak cucu. Walaupun dah bercucu tapi makcik masih suka belajar. Usia bukan penghalang untuk belajar. Menimba ilmu tak kira tua atau muda. Ilmu tak pernah habis yang penting rajin dan minat.

Tempahan Dari Aziz



Tempahan Dari Aziz officemate untuk Majlis Pertunangan Kekandanya untuk makan-makan buat tetamu. Aziz kata sedap. Krim tak lembik walaupun letak diluar. Tak muak katanya. Sedap..Alhamdulillah. Apapun thanks kerana sudi mengorder dari HOC.

Gulai Lemak Daging Salai



Daging Salai Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahanya :

400gram daging batang pinang yang siap disalai dan dihiris nipis
4biji bawang merah - ditumbuk
3biji bawang putih - ditumbuk
1' halia -ditumbuk
2 batang serai - dibelah dua ataupun dititik
6-8 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh ditambah)
1 cawan santan+1 cawan air
1 keping asam gelugor
sedikit kunyit hidup atau kunyit serbuk
daun kunyit dihiris halus
sedikit garam


Caranya:
1. Kisar halus ataupun tumbuk cili padi, bawang merah, bawang putih halia bersama kunyit hidup hingga lumat, kemudian curahkan ke dalam periuk dan masukkan serai yang telah dititik tadi, kacau sebentar.

2.Selepas itu masukkan 1 cawan santan, dan 1 cawan air, masa ni guna api perlahan, dan kacau selalu, setelah kuah agak mendidih baru masukkan daun kunyit,  masukkan asam gelugor dan daging salai, sesuaikan rasa, masukkan sedkit garam. kacau selalu.

3. Masak sehinga kuah pecah minyak, angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas, selamat mencuba.

Place order

Please copy this form to your email and fill up the details and send email to
azirazulkufli@gmail.com details of your order as follow :

Name :
Email :
Address :
Contact :
Pick up date :

Cupcakes (available in set of 16pcs & 25pcs qty)
Qty :
Topping :
Flavor:
Theme :
Wordings :
Budget(RM) :

Cakes (available in 7”, 8”, 9”,10”)
Size:
Flavor:
Topping:
Theme :
Wording :
Budget(RM):


Cheesecake (available in 7”, 8”, 9”, 10”)
Size:
Flavor:
Topping:
Theme:
Wording:
Budget(RM):


Tartlets (minimum order 25pcs)
Topping:


Special Instruction:
Wedding Cake Type (1 tier or 2 tier)
Qty :
Theme:

   

*NOTE*
*Please place order 1 week in advance
*For large orders must be placed 2 week in advance
*Orders will only be processed once full payment is received
*Please bank in the payment to the accaount below and email/sms payment details once done.



Name :
Acc#(MAYBANK) : 158172958285
Mobile : 017-5954310

*IMPORTANT*
*SMS/email me details of order one payment is done.


Cupcakes Pricing

CUPCAKES

Choices :* vanilla
* chocolate moist
* carrot walnut
* red velvet
* chocolate cheese

Toppings :
* buttercream
* cream cheese
* chocolate ganache
* buttercream and piping jelly
* gumpaste/fondant/figurine

Size for cupcakes :
* 's' only for 
souffle cup [2oz] and 's' for paper cup [9"]

TARTLETS :
Topping and pricing
1 box/ 25 pcs RM30 blueberry and cheese
1 box/ 25 pcs RM30 strawberry and cheese
1 box/ 25 pcs RM30 chocolate and cheese
1 box / 25 pcs RM60 fruits and custard cream

PRICING :
Cupcakes [refer pictures]
 
'S' size for souffle cup decoration with Buttercream (icing)
1 box/16 pcs = RM 40.00, simple deco

1 box/25 pcs = RM55 simple deco
1 box/16 pcs = hantaran buttercream roses RM65

'S' size for souffle cup decoration with Fondant
1 box/16 pcs = hantaran fondant, simple deco RM70


Carrot walnut cupcakes
1 box/16 pcs with cream cheese topping RM65
1 box/25 pcs with cream cheese topping RM90

Chocolate cheese cupcakes
1 box/16 pcs RM 60
1 box/25 pcs RM90

Red velvet with cream cheese topping (papercup size 'S')
1 box/16 pcs RM65
1 box/25 pcs RM100

'M' size for souffle cup decoration with buttercream
1 box/16 pcs = RM55
1 box/25 pcs = RM75

'S' size for paper cup 
minimum order 100 pcs RM1.20 pcs (chocolate moist)
500 pcs and above RM1.00 pcs
1000 pcs and above RM1.00 pcs including simple pakaging



* Note : Price may subject to change from time to time

Tempahan dari Ella

Sori la Ella. Gambar ni baru jumpa dan baru nak upload. Sori sesangat.  Kek untuk abangnya,  Anyway thanks order.

Combo Class Bersama Wati



Buat pertama kalinya HOC menganjurkan combo class promotion.So kebetulan hari ini Public Holiday so ada permintaan dari kawan sekolah utk menghadirkan diri nak belajar buat red velvet & Pavlova. Wati pernah buat kek tp masih tak tahu teknik yang betul. Dengan attend kelas ini dia dah byk tahu teknik-teknik membaking. Harap wati akan mempraktikkan teknik ini dengan betul. Dan insylah ikut resepi jadi la keknya wati. Apapun terima kasih kerana sudi berguru dengan HOC. Jazakallah..

Tempahan Dari Pn. Lida @ My Auntie

VIP Doorgift

Cubaan pertama stacked cake..Susah jugak nak buat tp alhamdulillah dengan bantuan "MR. HUBBY" dapat la  buat. Kek mencair bila sampai kerumah pengantin. Terdapat kecatatan pada kek tp apa pun still cantik kata tuan rumah. Nama pun cubaan pertama. Lain kali dah tahu macam mana nak handle kek macam ni.

Ayam Palembang


Hari ni rasanya nak kongsi satu resepi  yang wajib kalau ada kenduri kendara keluarga kami. Hari-hari dok post gambar kek so hari ni teringin pulak nak kongsi resepi masakan. Resepi  dicipta oleh adik ipar  yang dulunya seorang Chef.  Nak dijadikan cerita bila first time makan dah rasa nak makan lagi dan lagi dan lagi. Tersangatlah sedapnya. Rasanya kalau nak cuba boleh la. Tak sia-sia kalau buat. Mesti jadi. Nak-nak pekena dengan sup petola. Memang kena la rasanya dengan jiwa. Heheheheh..Rasanya The Best Receipes lah. Nak buat senang sangat macam masak rendang tp tak letak kerisik jer dan asam keping. Tapi kalau rasa nak olah lagi terpulang la. Rasanya resepi ni pun dah ok sangat dah. Rasanya dah ramai yang mintak resepi ni dan dah saya kongsikan resepinya. Jadi saya rasa nak kongsi dengan penulis-penulis blog masakan yang tercari-cari resepi masakan untuk dicuba. Jom kita jenguk resepinya.



AYAM PALEMBANG

Bahan A

1 ekor ayam  ~ dipotong mengikut selera
garam            ~ secukup rasa
serbuk kunyit ~ secukupnya
Minyak untuk menggoreng




Bahan B
Bahan Kisar


4 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1" kunyit hidup
2" halia
1" lengkuas
5 batang serai dipotong-potong
200gm cabai kering             


Bahan C


Daun kari
Santan dari 1 biji kelapa
1/4 botol kicap kipas udang  (label merah)
gula
serbuk perasa

Basuh ayam bersih, gaul garam dan serbuk kunyit dan goreng. Angkat dan toskan.Panaskan minyak dan tumis bahan B @ bahan kisar  tunggu hingga kekuningan barulah masukkan cili kering. Masak hingga naik minyak, barulah masukkan santan hingga pecah minyak. Kemudian masukkan kicap, serbuk perasa, gula dan biarlah ianyer secukup rasa. Masukkan daun kari. Dan akhir sekali masukkan ayam dan gaul sekata antara kuah dan ayam. Siap untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

Thanks Tyna

Tempahan dari Tyna utk makan-makan dgn officemate. Teringin katanya, Tapi Tyna lebih sukakan Red Velvet & Cheese Tart ("Tiada Tandingan katanya") Tyna ni mmg penggemar Cheese. Apa Saja berkaitan Cheese semua pun dia suka. Tak kisah la. Semoga Tyna Happy jer makan Pavlova ni. 

Repeat Order From Ella

Repeat order dari Ella. Suka sangat Pavlova. Jadinya order lagi  dimakan bersama anak-anak buahnya yang jadikan saya ' Makcik angkat'  pulak dah. Apa pun janji korang suka mkn Pavlova ni. Happy Eating ye sayang-sayang semua.

Repeat order from Tyna

Hohohoh...suka betui Tyna dengan kek ni..Anyway tq Tyna. Selalu order dengan zira.  Tyna antara penggemar Cheese. Apa saja yang berkaitan dengan cheese mmg dia suka.

Thanks Jakpo

Tempahan dari Ina (wife officemate) ni tgh mengandung. Keinginan yang dah tak tertahan tgk buah-buahan segar. Alhamdullillah katanya sedap sangat. Terima kasih bebanyak yer ina @atod. Semoga selamat melahirkan baby nnt.

Thank Tyna

Thanks Tyna (school mate) & Mas (Officemate) yang order  Red Velvet ni. Tyna nak rasa  dulu kek ni terpaksa la  buat 'Fast Sale' nak hbskan satu bancuhan. So Mas pun nak rasa jadi cukup korum. Tak ler rugi meniaga..ehheheehe...

Cheese Cake Price

CHEESECAKES


Choices :
* snickers cheesecake
* choc cheese cake
* chilled peach cheesecake
* blueberry  cheesecake
* oreo baked cheesecake


Size for cakes : 7",  8",9",10"


Pricing:
* Range from RM50 - RM80 (depends on size, deco and anything added)
* Note : Price may subject to change from time to time

Cake Price

CAKES


Choices :
* chocolate moist cake
* butter cake
* chocolate sponge cake
* vanilla sponge cake
* carrot walnut cake
* orange cake


Toppings:
* buttercream
* cream cheese
* chocolate ganache
* buttercream + piping jelly


Size for cakes: 7", 8", 9", 10" 


Cakes pricing:


Birthday cake topping buttercream
-RM60
-chocolate moist cake
-butter cake
-sponge cake
filling with choc ganache, strawberry or orange


Birthday cake topping chocolate ganache 
-RM70
-chocolate moist cake
-filling chocolate ganache


Birthday cake buttercream with figurine 
-starting from RM70
-chocolate moist/butter cake
-filling ganache/strawberry/orange


Carrot walnut cake topping with cream cheese
-RM75
-8"


Red velvet cake topping with cream cheese 
-RM70
-8'


Chocolate indulgence cake 
-RM 80
-9"


Rainbow cake topping with Italian buttercream 
-RM90
-9"


Russian black and white 
-RM 80
-9"


Nutty Caramel 
-RM90
-9"


Royal Caramel
-RM75
-9"


Choc Mascarporne
-RM65
-8"


German Black Forest
-RM60
-8"


Blueberry cheese cake 
-RM75
-8"


Snickers cheese cake 
-RM85
-8"


Oreo cheese cake
-RM75
-8"


Choc cheese Cake
-RM75
-8”


Marble cheese brownies kukus
-RM50
-8" x 8"

Thanks En. Shahrir

Tempahan dari bos. Baru first time buat dia terus order untuk Birhtday anaknya dan terus bayar. Senang berurusan. tak banyak kerenah. Thanks a lot yer bos..Lain kali katanya  nak order indulgence cake pulak untuk birthday wifenya. Anyway thank you sebab memberi kepercayaan pada saya.

Order Form

Name:
Email Address:
Handphone No :
Type Of Order & Design :
Pick Up Date :
Notes :

Click here to put a form like this on your site.